PERJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR
Kemas kini terakhir: 2024-06
(previous version)
PENTING:
SEBELUM MENGGUNAKAN PERISIAN, SILA BACA PENJANJIAN LESEN PENGGUNA AKHIR ("EULA") INI DENGAN TELITI. DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN, ANDA MENERIMA TERMA EULA INI. JIKA ANDA TIDAK MENERIMA TERMA EULA INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN PERISIAN.
EULA ini ialah perjanjian sah antara anda dengan Sony Corporation (“SONY”). EULA ini mengawal hak dan kewajipan anda berkaitan perisian Music Pro SONY dan/atau pemberi lesen pihak ketiga (termasuk ahli gabungan SONY) dan ahli gabungan masing-masing (secara kolektif, “PEMBEKAL PIHAK KETIGA”), bersama-sama mana-mana pengemaskinian/penaiktarafan mana-mana dokumentasi bercetak, dalam talian atau elektronik yang lain untuk perisian sedemikian dan mana-mana fail data, setiap satunya disediakan oleh SONY atau PEMBEKAL PIHAK KETIGA, atau dicipta oleh pengendalian perisian sedemikian (secara kolektif “PERISIAN”).
Walau apa pun yang disebutkan di atas, mana-mana perisian dalam PERISIAN tersebut yang mempunyai perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, lesen Awam Am GNU dan Lesen Awam Am Kecil/ Pustaka GNU) hendaklah terangkum dalam perjanjian lesen pengguna akhir sebagai ganti terma EULA ini setakat yang dikehendaki oleh perjanjian lesen pengguna akhir yang berasingan (“PERISIAN DIKECUALIKAN”).
PERISIAN mungkin menggunakan API Pembangun Google Play. Mana-mana penggunaan Google Play dalam PERISIAN akan terangkum dalam Terma perkhidmatan API Pembangun Google Play (https://developers.google.com/android-publisher/terms) dan Dasar Data Pengguna Perkhidmatan API Google (https://developers.google.com/terms/api-services-user-data-policy) sebagai ganti terma EULA ini setakat yang diperlukan oleh Terma Penggunaan atau Dasar sedemikian.
LESEN PERISIAN
PERISAN dilesenkan, bukan dijual. PERISIAN dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan harta intelek lain serta perjanjian antarabangsa.
HAK CIPTA
Semua hak dan hak milik dalam dan kepada PERISIAN (termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana, imej, foto, animasi, video, audio, muzik, teks dan “aplet” dan kandungan lain yang dimasukkan ke dalam PERISIAN) dimiliki oleh SONY atau satu atau lebih PEMBEKAL PIHAK KETIGA.
PEMBERIAN LESEN
SONY memberi anda lesen terhad, tidak eksklusif, peribadi, tidak boleh dipindahkan untuk menggunakan PERISIAN semata-mata berhubung dengan peranti anda yang serasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, produk SONY yang PERISIAN telah dibenamkan atau dipakejkan bersama) (“PERANTI”) khusus selaras dengan EULA ini dan penggunaan arahan yang mungkin disediakan kepada anda oleh SONY atau PEMBEKAL PIHAK KETIGA. SONY dan PEMBEKAL PIHAK KETIGA dengan nyata mengekalkan semua hak, hak milik, kepentingan (termasuk dan tidak terhad kepada semua hak harta intelek) dalam dan kepada PERISIAN, yang EULA ini tidak berikan kepada anda secara khusus.
KEPERLUAN DAN PEMBATASAN
Anda tidak boleh menyalin, menerbitkan, menyesuaikan, mengedarkan semula, cuba mendapatkan kod sumber, mengubah suai, membuat kejuruteraan balikan, menyusun semula, atau membongkar mana-mana PERISIAN, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, atau mencipta apa-apa kerja terbitan daripada atau pada PERISIAN melainkan kerja terbitan tersebut sengaja dipermudah oleh PERISIAN. Anda tidak boleh mengubah suai atau mengganggu kefungsian pengurusan hak digital PERISIAN. Anda tidak boleh memirau, mengubah suai, menyahdayakan atau memintas mana-mana fungsi atau perlindungan PERISIAN atau mana-mana mekanisme yang berkaitan dengan PERISIAN. Anda tidak boleh memisahkan mana-mana komponen berasingan PERISIAN untuk digunakan pada lebih daripada satu PERANTI melainkan dibenarkan secara nyata oleh SONY. Anda tidak boleh membuang, mengubah, menutup atau mencacatkan mana-mana tanda dagangan atau notis pada PERISIAN. Anda tidak boleh berkongsi, mengedar, menyewa, memajak, memberi lesen, memberikan, memindahkan atau menjual PERISIAN. Anda tidak boleh menggunakan PERISIAN dalam apa-apa perkara yang berhubung dengan pelanggaran undang-undang, peraturan, keputusan mahkamah atau tindakan sah di sisi undang-undang oleh pihak berkuasa awam atau dasar awam atau pelanggaran hak atau kepentingan yang dilindungi oleh undang-undang (termasuk dan tidak terhad kepada hak harta intelek dan hak harta lain, hak kepada rahsia perdagangan, memenuhi kewajipan, privasi dan publisiti) bagi SONY, setiap PEMBEKAL PIHAK KETIGA atau mana-mana pihak ketiga. Perisian, perkhidmatan rangkaian atau produk lain selain PERISIAN yang bergantung pada prestasi PERISIAN mungkin diubah suai, terganggu atau dihentikan mengikut budi bicara pembekal (pembekal perisian, pembekal perkhidmatan, atau SONY). SONY dan pembekal sedemikian tidak menjamin bahawa PERISIAN, perkhidmatan rangkaian, kandungan atau produk lain akan terus tersedia, atau akan beroperasi tanpa gangguan atau pengubahsuaian.
PERISIAN BEBAS DAN KOMPONEN SUMBER TERBUKA
Walau apa pun pemberian lesen terhad yang disebutkan di atas, anda mengakui bahawa PERISIAN mungkin mengandungi PERISIAN BEBAS. PERISIAN BEBAS tertentu boleh terangkum dalam lesen perisian terbuka (“Komponen Sumber Terbuka”), yang bermaksud mana-mana lesen perisian yang diluluskan sebagai lesen sumber terbuka oleh Inisiatif Sumber Terbuka (Open Source Initiative) atau mana-mana lesen yang serupa secara ketara, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana lesen yang, sebagai syarat pengedaran perisian yang dilesenkan bawah lesen sedemikian, memerlukan pengedar membuat perisian tersedia dalam format kod sumber. Jika dan setakat pendedahan diperlukan, sila layari oss.sony.net/Products/Linux atau tapak web khusus SONY yang lain untuk mendapatkan senarai KOMPONEN SUMBER TERBUKA berkenaan termasuk PERISIAN dari semasa ke semasa, dan terma dan syarat terpakai yang dikawal oleh penggunaannya. Terma dan syarat sedemikian boleh diubah oleh pihak ketiga yang berkenaan pada bila-bila masa tanpa liabiliti kepada anda. Setakat yang diperlukan oleh lesen yang terangkum di bawah PERISIAN BEBAS, terma lesen sedemikian akan terpakai sebagai ganti kepada terma EULA ini. Setakat terma lesen terpakai kepada PERISIAN BEBAS melarang mana-mana sekatan dalam EULA ini berkenaan dengan PERISIAN BEBAS sedemikian, sekatan tersebut tidak terpakai kepada PERISIAN BEBAS sedemikian. Setakat terma lesen berkenaan dengan Komponen Sumber Terbuka yang memerlukan SONY membuat tawaran untuk memberikan kod sumber berkaitan dengan PERISIAN, tawaran tersebut dengan ini dibuat.
PENGGUNAAN PERISIAN DENGAN BAHAN HAK CIPTA
PERISIAN mungkin boleh anda gunakan untuk melihat, menyimpan, memproses dan/atau menggunakan kandungan yang anda dan/atau pihak ketiga cipta. Kandungan tersebut mungkin dilindungi oleh hak cipta, undang-undang harta intelek lain, dan/atau perjanjian. Anda bersetuju untuk menggunakan PERISIAN dengan mematuhi semua undang-undang dan perjanjian yang terpakai kepada kandungan tersebut sahaja. Anda mengakui dan bersetuju bahawa SONY boleh mengambil langkah-langkah yang wajar untuk melindungi hak cipta kandungan yang disimpan, diproses atau digunakan oleh PERISIAN. Langkah-langkah tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penolakan untuk menerima permintaan anda untuk membolehkan sandaran dan pemulihan kandungan melalui ciri PERISIAN tertentu, dan penamatan EULA ini sekiranya berlaku penggunaan anda terhadap PERISIAN secara tidak sah.
PERKHIDMATAN KANDUNGAN
SILA AMBIL MAKLUM JUGA BAHAWA PERISIAN BOLEH DIREKA BENTUK UNTUK DIGUNAKAN DENGAN KANDUNGAN YANG TERSEDIA MELALUI SATU ATAU LEBIH PERKHIDMATAN KANDUNGAN (“PERKHIDMATAN KANDUNGAN”). PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DAN KANDUNGAN TERSEBUT TERTAKLUK PADA TERMA PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN KANDUNGAN TERSEBUT. JIKA ANDA MENOLAK UNTUK MENERIMA TERMA TERSEBUT, PENGGUNAAN PERISIAN ANDA AKAN MENJADI TERHAD. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kandungan dan perkhidmatan tertentu yang tersedia melalui PERISIAN mungkin disediakan oleh pihak ketiga yang SONY tidak mempunyai kawalan. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN KANDUNGAN MEMERLUKAN SAMBUNGAN INTERNET. PERKHIDMATAN KANDUNGAN BOLEH DIUBAH SUAI ATAU DIHENTIKAN PADA BILA-BILA MASA.
SAMBUNGAN INTERNET DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
Anda mengakui dan bersetuju bahawa akses kepada ciri-ciri tertentu PERISIAN mungkin memerlukan sambungan Internet dan anda bertanggungjawab sepenuhnya atas sambungan ini. Selain itu, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas apa-apa bayaran yang berkaitan dengan sambungan Internet anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj pembekal khidmat Internet atau masa penggunaan. Pengendalian PERISIAN mungkin terhad atau terbatas bergantung pada keupayaan, jalur lebar atau batasan teknikal sambungan dan perkhidmatan Internet anda. Peruntukan, kualiti dan keselamatan kesambungan Internet tersebut adalah tanggungjawab anda atau pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
EKSPORT DAN PERATURAN LAIN
Anda bersetuju untuk mematuhi semua sekatan dan peraturan eksport dan eksport semula yang terpakai di kawasan atau negara tempat anda tinggal, atau menggunakan PERISIAN, dan tidak memindahkan, atau mengizinkan pemindahan, PERISIAN ke negara yang dilarang atau dalam apa-apa cara sekalipun, melanggar mana-mana sekatan atau peraturan tersebut.
AKTIVITI BERISIKO TINGGI
PERISIAN bukanlah bebas kerosakan dan bukan direka bentuk, dicipta atau dimaksudkan untuk digunakan atau dijual semula sebagai peralatan kawalan dalam talian di persekitaran berbahaya yang memerlukan prestasi pasti selamat, seperti dalam operasi kemudahan nuklear, navigasi pesawat terbang atau sistem komunikasi, kawalan lalu lintas udara, mesin sokongan nyawa langsung, atau sistem senjata, yang kegagalan PERISIAN boleh mengakibatkan kematian, kecederaan diri, atau kerosakan fizikal atau persekitaran yang teruk (“AKTIVITI BERISIKO TINGGI”). SONY, setiap PEMBEKAL PIHAK KETIGA, dan setiap ahli gabungan masing-masing secara khusus menafikan apa-apa jaminan, kewajipan atau syarat kelayakan secara nyata atau tersirat untuk AKTIVITI BERISIKO TINGGI.
PENGECUALIAN JAMINAN ATAS PERISIAN
Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan PERISIAN adalah atas risiko anda sendiri dan bahawa anda bertanggungjawab atas penggunaan PERISIAN. PERISIAN disediakan “SEPERTI ADANYA,” tanpa apa-apa jaminan, kewajipan atau syarat.
SONY DAN SETIAP PEMBEKAL PIHAK KETIGA (untuk tujuan Bahagian ini, SONY dan setiap PEMBEKAL PIHAK KETIGA secara kolektif dirujuk sebagai “SONY”) DENGAN JELAS MENAFIKAN SEMUA JAMINAN, KEWAJIPAN ATAU SYARAT, NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, HAK MILIK DAN BUKAN PELANGGARAN. TANPA MEMBATASKAN KELUASAN MAKNA YANG DISEBUTKAN DI ATAS, SONY TIDAK MENJAMIN ATAU MEMBUAT APA-APA SYARAT ATAU PERWAKILAN (A) BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM SETIAP PERISIAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU FUNGSI TERSEBUT AKAN DIKEMAS KINI, (B) BAHAWA OPERASI APA-APA PERISIAN ADALAH BETUL ATAU BEBAS RALAT ATAU APA-APA KECACATAN AKAN DIBETULKAN, (C) BAHAWA PERISIAN TERSEBUT TIDAK AKAN MEROSAKKAN MANA-MANA PERISIAN, PERKAKASAN ATAU DATA LAIN, (D) BAHAWA APA-APA PERISIAN, PERKHIDMATAN RANGKAIAN (TERMASUK INTERNET) ATAU PRODUK (SELAIN PERISIAN) YANG BERGANTUNG KEPADA PRESTASI PERISIAN AKAN TERUS TERSEDIA, TIDAK DIGANGGU DAN (E) BERKENAAN PENGGUNAAN ATAU HASIL PENGGUNAAN PERISIAN MENGIKUT KEBETULAN, KETEPATAN, KEBOLEHPERCAYAAN, ATAU DALAM HAL LAIN.
MAKLUMAT LISAN ATAU BERTULIS YANG DIBERIKAN OLEH SONY ATAU WAKIL SONY YANG DIBENARKAN TIDAK BOLEH MEWUJUDKAN JAMINAN, KEWAJIPAN ATAU SYARAT ATAU DALAM APA-APA CARA MENAMBAH SKOP JAMINAN INI. SEKIRANYA PERISIAN ROSAK, ANDA AKAN MENANGGUNG KESELURUHAN KOS PERKHIDMATAN, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN JAMINAN TERSIRAT, OLEH ITU, PENGECUALIAN INI MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA SETAKAT, YANG JAMINAN INI BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG TERPAKAI DALAM BIDANG KUASA ANDA.
PEMBATASAN LIABILITI
SONY DAN SETIAP PEMBEKAL PIHAK KETIGA (untuk tujuan Bahagian ini, SONY dan setiap PEMBEKAL PIHAK KETIGA akan dirujuk secara kolektif sebagai “SONY”) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, KHAS ATAU BERBANGKIT ATAS PELANGGARAN MANA-MANA JAMINAN NYATA ATAU TERSIRAT, PELANGGARAN KONTRAK, KECUAIAN, LIABILITI KETAT ATAU BAWAH MANA-MANA TEORI UNDANG-UNDANG LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PERISIAN, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, APA-APA KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PENDAPATAN, KEHILANGAN DATA, KEHILANGAN AKIBAT PENGGUNAAN PERISIAN ATAU APA-APA PERKAKASAN YANG BERKAITAN, WAKTU HENTI DAN WAKTU PENGGUNA, WALAUPUN JIKA MANA-MANA ANTARA PERKARA INI TELAH DINASIHATKAN KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN TERSEBUT. WALAU APA PUN, SETIAP DAN KESELURUHAN LIABILITI BERAGREGAT BAWAH MANA-MANA PERUNTUKAN EULA INI AKAN TERHAD KEPADA JUMLAH SEBENAR YANG DIBAYAR UNTUK PERISIAN, PRODUK SONY YANG PERISIAN DIBENAMKAN ATAU DIPAKEJKAN DAN/ATAU PERKHIDMATAN SONY YANG PERISIAN DIKHUSUSKAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN LIABILITI, OLEH ITU, PENGECUALIAN ATAU PEMBATASAN DI ATAS TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA SETAKAT YANG PERKARA TERSEBUT BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG TERPAKAI DALAM BIDANG KUASA ANDA.
PENJUAL, PENGEDAR, PERUNCIT ATAU PENGENDALI KEDAI ANDA MEMUAT TURUN PERISIAN (SELEPAS INI DIRUJUK SECARA KOLEKTIF SEBAGAI “PENGENDALI KEDAI”, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB LANGSUNG KEPADA ANDA ATAS APA-APA KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN ATAU PENGGUNAAN PERISIAN MELAINKAN DINYATAKAN SEBALIKNYA OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ATAU DI BAWAH TERMA DAN SYARAT YANG DITETAPKAN OLEH PENGENDALI KEDAI.
CIRI KEMAS KINI AUTOMATIK
Dari semasa ke semasa, SONY atau PEMBEKAL PIHAK KETIGA boleh mengemas kini atau mengubah suai dalam apa-apa cara sekalipun, PERISIAN secara automatik, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, untuk tujuan peningkatan fungsi keselamatan, pembetulan ralat dan peningkatan fungsi, pada masa anda berinteraksi dengan pelayan SONY atau pihak ketiga, atau dalam hal lain. Pengemaskinian atau pengubahsuaian sedemikian mungkin memadamkan atau mengubah sifat ciri atau aspek lain PERISIAN, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, fungsi yang mungkin anda bergantung. Anda mengakui dan bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti sedemikian mungkin berlaku mengikut budi bicara mutlak SONY dan bahawa SONY boleh menetapkan penggunaan PERISIAN secara berterusan apabila anda selesai memasang atau menerima pengemaskinian atau pengubahsuaian tersebut. Apa-apa pengemaskinian/pengubahsuaian akan dianggap, dan membentuk sebahagian daripada, PERISIAN untuk tujuan EULA ini. Dengan menerima EULA ini, anda bersetuju dengan pengemaskinian/pengubahsuaian tersebut.
KESELURUHAN PERJANJIAN, PENEPIAN, KEBOLEHASINGAN
Dasar privasi EULA (dan dasar privasi terpakai SONY yang diberikan secara berasingan kepada anda, jika berkenaan), seperti yang dipinda dan diubah dari semasa ke semasa, membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dengan SONY berkenaan dengan PERISIAN. Kegagalan SONY untuk melaksanakan atau menguatkuasakan hak atau peruntukan EULA ini tidak dianggap sebagai penepian hak atau peruntukan tersebut. Sekiranya mana-mana bahagian EULA ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak dapat dilaksanakan, peruntukan itu hendaklah dikuatkuasakan setakat maksimum yang dibenarkan untuk mengekalkan tujuan EULA ini, dan bahagian lain akan tetap berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR DAN BIDANG KUASA
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kontrak untuk Penjualan Barang Antarabangsa tidak akan terpakai untuk EULA ini. EULA ini akan ditadbir oleh undang-undang negara Jepun, tanpa mengambil kira konflik peruntukan undang-undang. Mana-mana pertikaian yang timbul daripada EULA ini hendaklah tertakluk pada tempat eksklusif Mahkamah Daerah Tokyo di Jepun, dan pihak-pihak berkenaan dengan ini bersetuju dengan tempat dan bidang kuasa mahkamah tersebut. Perkara yang disebut di atas tidak terpakai kepada anda setakat undang-undang terpakai bidang kuasa anda mengehadkan atau melarang perjanjian sedemikian.
REMEDI YANG SAKSAMA
Walau apa pun yang terkandung di dalam EULA ini yang bertentangan, anda mengakui dan bersetuju bahawa apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap EULA ini yang berpunca daripada anda akan menyebabkan kemudaratan yang tidak dapat dipulihkan kepada SONY, yang ganti rugi wang tidak mencukupi, dan anda bersetuju SONY mendapatkan apa-apa perintah atau pelepasan yang adil yang dianggap perlu atau wajar oleh SONY dalam keadaan sedemikian. SONY juga boleh mengambil remedi undang-undang dan teknikal untuk mencegah pelanggaran dan/atau untuk menguatkuasakan EULA ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penamatan segera penggunaan PERISIAN anda, sekiranya SONY berpendapat, atas budi bicara mutlaknya, bahawa anda melanggar atau berniat untuk melanggar EULA ini. Remedi ini sebagai tambahan kepada penyelesaian lain yang mungkin dimiliki oleh SONY berdasarkan undang-undang, ekuiti atau di bawah kontrak.
PENAMATAN
Tanpa menjejaskan hak-haknya yang lain, SONY boleh menamatkan EULA ini jika anda gagal mematuhi mana-mana termanya. Sekiranya berlaku penamatan tersebut, anda hendaklah: (i) berhenti semua penggunaan, dan memusnahkan apa-apa salinan, PERISIAN; (ii) mematuhi semua keperluan dalam bahagian di bawah yang bertajuk “Tanggungjawab Akaun Anda”.
PINDAAN
SONY BERHAK UNTUK MEMINDA MANA-MANA TERMA EULA INI MENURUT BUDI BICARA MUTLAKNYA DENGAN MENYIARKAN NOTIS DI TAPAK WEB YANG DITETAPKAN OLEH SONY, MELALUI PEMBERITAHUAN E-MEL KEPADA ALAMAT E-MEL YANG ANDA BERIKAN, DENGAN MEMBERIKAN NOTIS SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PROSES YANG ANDA MEMPEROLEH PENAIKTARAFAN/PENGEMASKINIAN ATAU DENGAN BENTUK NOTIS LAIN YANG DAPAT DIKENALI SECARA SAH. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, anda hendaklah segera menghubungi SONY untuk mendapatkan arahan. Penggunaan anda terhadap PERISIAN secara berterusan setelah tarikh kuat kuasa notis tersebut akan dianggap sebagai persetujuan anda untuk terikat dengan pindaan tersebut.
BENEFISIARI PIHAK KETIGA
Setiap PEMBEKAL KETIGA dan Pengendali Kedai ialah benefisiari pihak ketiga yang dimaksudkan secara jelas, dan berhak untuk menguatkuasakan, setiap peruntukan EULA ini berkenaan dengan perisian pihak tersebut.
TANGGUNGJAWAB AKAUN ANDA
Sekiranya anda memulangkan PERANTI anda ke tempat pembelian, menjual atau dengan cara lain, memindahkan PERANTI anda, atau jika EULA ini ditamatkan, anda bertanggungjawab dan hendaklah, sewajarnya, menyahpasang PERISIAN daripada PERANTI dan memadamkan mana-mana atau semua akaun yang anda tetapkan pada PERANTI atau yang boleh diakses melalui PERANTI. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan mana-mana akaun anda dengan SONY atau pihak ketiga dan mana-mana nama pengguna serta kata laluan yang berkaitan dengan penggunaan PERANTI anda.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang EULA ini, anda boleh menghubungi SONY secara bertulis kepada SONY melalui alamat hubungan setiap kawasan atau negara yang berkenaan.