Hak Privasi untuk Alat Video Audio Ruangan
Terakhir Dikemas Kini: [2026-10]
Hak Privasi ini menetapkan cara Sony Corporation, daripada 7-1 Konan 1-chome, Minato-ku, Tokyo 108-0075, Japan (“Sony”, “kami”, atau “kita”) mengumpulkan, menggunakan, menyimpan dan dengan cara lain memproses Data yang Dikumpul (ditakrifkan di bawah) berkaitan dengan penggunaan aplikasi mudah alih “Alat Video Audio Ruangan” (“Aplikasi”).
Dasar ini menerangkan hak perlindungan data anda, termasuk hak untuk membantah terhadap sesetengah pemprosesan yang dijalankan oleh Sony. Maklumat lanjut tentang hak anda dan cara melaksanakan hak tersebut, ditetapkan dalam Bahagian 8 "Hak Privasi" di bawah.
Kandungan
2. Data peribadi yang kami kumpul
3. Sebab kami memproses data peribadi
4. Pihak yang kami kongsi Data yang Dikumpul
5. Tempat kami memindahkan Data yang Dikumpul
6. Tempoh kami mengekalkan data anda
1. Takrifan
1.1 “Data yang Dikumpul” mempunyai makna yang ditetapkan dalam Bahagian 2 di bawah.
1.2 "Syarikat Kumpulan Sony" bermaksud Sony Group Corporation, iaitu syarikat induk muktamad Sony dan mana-mana entiti undang-undang yang dikawal oleh Sony Group Corporation (istilah "kawal" dalam konteks ini bermakna pemilikan langsung atau tidak langsung sekurang-kurangnya lima puluh peratus (50%) daripada kepentingan mengundi dalam syarikat atau kuasa secara fakta untuk mengawal keputusan pengurusan entiti tersebut).
1.3 "Penyedia Perkhidmatan" bermakna mana-mana pihak ketiga yang memproses data peribadi bagi pihak Sony, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyedia hos, penyedia perkhidmatan analisis dan penyedia sokongan pelanggan.
2. Data peribadi yang kami kumpul
Sony mengumpulkan data yang diterangkan di bawah, yang mungkin mengandungi data peribadi (secara kolektif, "Data yang Dikumpul").
(1) Pengenal pasti unik Aplikasi
(2) Versi aplikasi
(3) Nama model peranti, versi Sistem Pengendalian dan maklumat tetapan (cth., bahasa; negara atau rantau)
(4) Alamat IP
(5) Maklumat penggunaan khusus Aplikasi (cth., log berkaitan operasi setiap fungsi Aplikasi termasuk cap masa)
<Kaedah pengumpulan>
Sony mengumpulkan maklumat di atas secara automatik apabila anda menggunakan Aplikasi.
3. Sebab kami memproses data peribadi
3.1 Sony memproses Data yang Dikumpul milik anda untuk tujuan yang diterangkan di bawah. Untuk tujuan ini, Sony mungkin menggunakan Data yang Dikumpul bersama-sama dengan maklumat yang dikumpulkan melalui produk dan perkhidmatan Syarikat Kumpulan Sony lain jika anda menggunakan salah satu daripada produk dan perkhidmatan tersebut.
| Tujuan | Kategori Data yang Dikumpul |
| Penyediaan fungsi dan/atau perkhidmatan Aplikasi untuk memenuhi kontrak dengan anda Untuk menyediakan fungsi dan/atau perkhidmatan yang telah anda minta kami sediakan kepada anda. Ini termasuk menyediakan kemas kini perisian. Pemprosesan tersebut penting untuk melaksanakan kontrak atau mengambil langkah-langkah, bagi memenuhi permintaan anda, sebelum mengikat kontrak dengan anda. | Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2.(1)(2)(3)(4) |
| Peningkatan kepada produk, perkhidmatan dan perniagaan kami berdasarkan data statistik Untuk membuat analisis penggunaan anda terhadap Aplikasi bagi menambah baik dan membangun produk, perkhidmatan serta perniagaan Syarikat Kumpulan Sony. | Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Melindungi kepentingan Syarikat Kumpulan Sony dan pengguna Untuk melindungi kepentingan perniagaan dan hak undang-undang Syarikat Kumpulan Sony dan kepentingan dan hak undang-undang pengguna kami. Ini termasuk penggunaan Data yang Dikumpul berhubung dengan tuntutan undang-undang, tujuan pematuhan, kawal selia, audit, penyiasatan (termasuk pendedahan maklumat tersebut berhubung dengan prosiding undang-undang atau litigasi). | Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Pematuhan undang-undang Untuk memberi respons kepada permintaan daripada dan, sekiranya diperlukan, melaporkan kandungan kepada kerajaan atau pihak berkuasa awam, pegawai penguatkuasa undang-undang, mahkamah, pengawal atur atau yang serupa selaras dengan kewajipan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang terpakai. | Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
3.2 Sekiranya kami mengumpulkan Data yang Dikumpul untuk melaksanakan kontrak dengan anda atau sekiranya kami mengumpulkan Data yang Dikumpul menurut undang-undang, penyediaan data ini adalah mandatori dan kami tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kepada anda tanpa maklumat ini. Dalam semua keadaan lain, penyediaan mana-mana Data yang Dikumpul yang diminta merupakan pilihan, tetapi tindakan tidak menyediakan maklumat ini mungkin akan memberi kesan kepada keupayaan anda menggunakan perkhidmatan atau menggunakan aspek tertentu perkhidmatan jika maklumat diperlukan untuk tujuan itu.
4. Pihak yang kami kongsi Data yang Dikumpul
Sony berkongsi Data yang Dikumpul milik anda dengan entiti yang berikut.
| Entiti yang kami kongsi Data yang Dikumpul | Butiran |
| Syarikat Kumpulan Sony | Kami berkongsi Data yang Dikumpul dengan Syarikat Kumpulan Sony yang syarikat tersebut proses bagi pihak kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda. <Kategori Data yang Dikumpul> Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Penyedia Perkhidmatan | Kami berkongsi Data yang Dikumpul di bawah kategori yang berikut dengan Penyedia Perkhidmatan, termasuk Syarikat Kumpulan Sony. <Kategori Data yang Dikumpul> Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Pihak berkuasa kerajaan, pegawai penguatkuasa undang-undang dan mahkamah serta pihak yang serupa. | Kami mungkin berkongsi sebahagian atau semua Data yang Dikumpul di bawah kategori yang berikut dengan pihak berkuasa kerajaan dan/atau pegawai penguatkuasa undang-undang jika diperlukan oleh undang-undang, atau jika perlu untuk kami melindungi kepentingan sah kami atau kepentingan sah pihak lain, selaras dengan pematuhan dengan undang-undang terpakai. <Kategori Data yang Dikumpul> Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Rakan niaga Pemindahan perniagaan | Sekiranya kami melaksanakan penggabungan, pemerolehan, penyusunan semula atau pelupusan, sebahagian atau semua Data yang Dikumpul di bawah kategori yang berikut mungkin didedahkan kepada mana-mana bakal pembeli dan/atau penasihat pembeli dan akan disediakan kepada pemilik baharu perniagaan. <Kategori Data yang Dikumpul> Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
| Penasihat profesional | Dalam sesetengah keadaan, jika perlu untuk tujuan yang disenaraikan di atas, kami mungkin berkongsi sebahagian atau semua Data yang Dikumpul di bawah kategori yang berikut dengan penasihat profesional termasuk peguam, juruaudit atau syarikat insurans. <Kategori Data yang Dikumpul> Data yang Dikumpul disenaraikan dalam Bahagian 2 |
5. Tempat kami memindahkan Data yang Dikumpul
Kami akan memproses, menyimpan dan memindahkan Data yang Dikumpul untuk tujuan yang digariskan dalam Hak Privasi ini dari negara/rantau kediaman anda secara global ke negara/rantau di luar negara/rantau kediaman anda. Data yang Dikumpul akan diproses oleh kakitangan yang beroperasi di luar negara/rantau kediaman anda, yang akan bekerja untuk kami atau untuk salah satu daripada Penyedia Perkhidmatan kami. Sesetengah negara dan rantau mungkin tidak menyediakan tahap perlindungan data yang sama seperti negara/rantau anda. Kami menggunakan pelbagai mekanisme undang-undang, termasuk perjanjian perkongsian data, untuk memastikan tahap perlindungan yang mencukupi terhadap Data yang Dikumpul. Dengan menggunakan Aplikasi, atau menyediakan apa-apa maklumat kepada kami, anda memahami sepenuhnya dan memberikan keizinan anda terhadap pemindahan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat anda di negara/rantau di luar negara/rantau kediaman anda, tempat undang-undang privasi mungkin tidak sekomprehensif seperti di negara/rantau tempat tinggal anda dan/atau warganegara anda. Selain itu, mahkamah, penguatkuasa undang-undang dan pihak berkuasa lain di negara/rantau di luar kediaman anda mungkin berhak mengakses Data yang Dikumpul setelah dipindahkan.
Ini mungkin akan memberikan impak kepada hak anda di bidang kuasa tempatan anda dan juga di bidang kuasa luar negara terpakai. Bidang kuasa luar negara juga mungkin perlu mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, seperti pihak berkuasa luar negara.
6. Tempoh kami mengekalkan data anda
6.1 Sony akan menyimpan Data yang Dikumpul selagi perlu untuk mengekalkan hubungan dengan anda dan tujuan yang diperincikan dalam Bahagian 3 atau jika dengan cara lain dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang terpakai. Sony mungkin mengekalkan Data yang Dikumpul untuk tempoh yang sewajarnya untuk melindungi diri kami daripada tuntutan undang-undang, untuk mengurus perniagaan kami, atau setakat yang dibenarkan oleh undang-undang terpakai, yang mungkin memerlukan kami menyimpan Data yang Dikumpul berkaitan untuk tempoh tertentu.
6.2 Jika terdapat tuntutan atau potensi tuntutan, atau jika kami diperlukan untuk mengekalkan maklumat selaras dengan undang-undang maka kami akan menyimpan data selagi ada keperluan yang munasabah.
7. Kanak-kanak
Sony komited untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan terpakai berkaitan pengumpulan, penyimpanan dan penggunaan Data yang Dikumpul berkenaan kanak-kanak. Aplikasi bukanlah ditetapkan untuk mengumpul dan tidak mengumpul Data yang Dikumpul secara sengaja daripada kanak-kanak. Bergantung pada negara/rantau kediaman anda, ambang umur untuk kanak-kanak mungkin berbeza. Jika anda ibu/bapa atau penjaga dan bimbang jika anak anda telah memberikan Data yang Dikumpul kepada kami tanpa keizinan anda, anda perlu menghubungi kami seperti yang diperihalkan dalam bahagian 10, "Maklumat Hubungan" di bawah.
8. Hak Privasi
8.1 Di sesetengah negara/rantau, anda mempunyai hak yang berikut berkenaan Data yang Dikumpul yang Sony proses tentang anda:
(1) Meminta salinan Data yang Dikumpul daripada kami
(2) Meminta kami membetulkan, memadamkan atau mengehadkan pemprosesan yang kami jalankan ke atas Data yang Dikumpul
(3) Meminta kami menghantar sebahagian Data yang Dikumpul yang telah anda berikan kepada kami kepada pihak ketiga tanpa halangan, atau memberikan salinan data tersebut kepada anda agar anda boleh menghantar data tersebut kepada pihak ketiga, sekiranya dapat dilaksanakan secara teknikal
(4) Membantah pemprosesan yang kami jalankan terhadap Data yang Dikumpul berdasarkan kepentingan sah kami (atau kepentingan pihak ketiga)
(5) Sekiranya kami telah meminta keizinan anda, untuk menarik keizinan pada bila-bila masa. Jika anda meminta untuk menarik keizinan anda, tindakan ini tidak akan menjejaskan mana-mana pemprosesan yang telah dijalankan pada masa itu.
8.2 Anda boleh melaksanakan hak ini dengan menghubungi kami seperti yang diperihalkan dalam Bahagian 10 "Maklumat Hubungan" di bawah. Hak ini mungkin terhad, contohnya, jika pemenuhan permintaan anda akan mendedahkan data tentang orang lain, atau jika anda meminta kami memadamkan maklumat yang perlu kami simpan atau mempunyai kepentingan sah yang kukuh untuk kami simpan menurut undang-undang.
8.3 Jika anda mempunyai kebimbangan yang belum diselesaikan, anda berhak untuk mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data di negara/rantau tempat tinggal, kerja atau tempat yang anda yakin telah berlaku pelanggaran.
9. Perubahan kepada Hak Privasi ini
Data Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa untuk apa-apa sebab. Kami akan memaklumkan atau meminta keizinan anda (jika perlu di bawah undang-undang terpakai) tentang apa-apa perubahan kepada Hak Privasi ini.
10. Maklumat Hubungan
Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan tentang hak privasi ini atau jika anda ingin melaksanakan hak undang-undang anda berkenan Data yang Dikumpul, anda boleh menghubungi Syarikat Kumpulan Sony tempatan anda menggunakan butiran hubungan yang boleh ditemukan di https://www.sony.com/locale-selector.